Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempunnya Tuti hidup dalam keadaan selesa di perkampunga Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh kerana dia berjaya dalam kerjaya, dan suasana rumahtangganya yang harmoni.Bagaimanapun, selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadia mistik di dalam rumah mereka. Bermula denga Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri hinggalah kejadian TV terpasang dengan sendiri, permanian Tuti berterabur dan alat penggera kecemasan di dalam rumah berdering dengan sendirinya di tengah malam. Semua kejadian ini berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya diluar hingga lewat tengah malam.Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Nina yang sentiasa ceria mula berubah menjadi malas dan pendiam. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik.Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki mamanya mengalami gangguan ghaib. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu mamanya dirasuk dan menjerit-jerit. Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung.
转载请注明出处,VCDDVD88.com敬上