Pulau-Pulau yang bertaburan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menjadi padang pancing air masin yang unik bagi mereka yang suka mencabar ikan-ikan terhandal dari atas darat. Selain geropoh, alu-alu dan talang, di sini juga terdapat sotong mengabang yang dapat dipancing melalui kaedah mengilat. Episod ini juga memaparkan sebuah lubuk kapal karam misteri di Selat Melaka, di mana kerapu bersaiz besar dapat dinaikkan dengan banyaknya, hanya bersenjata jig besi sahaja.
转载请注明出处,VCDDVD88.com敬上