User ID : Password :
Keyword
20Apr2024 - 06:07 45 PM
 
 
Category :

News & Events

Anugerah DiGi WWWOW Top Online Shop of the Year
[ 04-07-2011 ]

Syarikat telekomunikasi terkemuka, DiGi Telecommunication Sdn Bhd, menganjurkan anugerah internet pilihan ramai menerusi Anugerah DiGi WWWoW, yang membawakan pelbagai kategori menarik dan konsep undian berdasarkan undian 'like' terbanyak oleh pengundi internet.


Sebanyak 12 kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Internet untuk Kebaikan, Blogger Terbaik Tahunan, Individu Pilihan Lebih 40 Tahun Terbaik, Individu Pilihan Bawah 15 Tahun Terbaik, Kedai Online Terbaik, Gambar Terbaik, Top Kay Poh, Top LOL (lawak), Video Tahunan Terbaik, Top Pakar Makan-Makan dan Penulis Teknologi Pilihan, yang mana pemenang bakal menerima piala Anugerah DiGi WWWoW dan hadiah wang tunai bernilai RM5,000.


Sinar Harian berpeluang menemu ramah peserta bagi pencalonan kategori Kedai Online Terbaik, Butik online Radiusite Hijab (www.radiusite.com), Kedai DVD Online VCDDVD88.com (www.vcddvd88.com) dan Kedai MissLily (misslilyshop.blogspot.com).


Menurut calon Kedai DVD Online VCDDVD88.com, Alvin Wong, Kedai DVD online ini diwujudkan sejak Disember 2007 bersama rakan niaganya dengan menjual pelbagai genre dan drama seperti DVD animasi, drama Jepun, Korea, Hong Kong dan DVD kanak-kanak serta pelbagai jenis buku komik.


"Produk kami kini sudah mencecah 27,000 item, 10,000 pembeli berdaftar dan 20,000 lebih peminat dalam Facebook di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Jepun.


"Kami juga menawarkan DVD yang belum ditayangkan dan memberikan tawaran istimewa dengan diskaun berpatutan kepada pelanggan kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.


Katanya, anugerah DiGi WWWOW ini adalah salah satu langkah terbaik kepada peniaga online untuk saling mengenali dan memperkenalkan produk.


Bagi pemilik Butik online Radiusite Hijab, A'tikah Ash'ari, 24, dia bermula dalam perniagaan online ini ketika sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Radiusite yang mula beroperasi sejak Jun 2009 dan kini bekerja sepenuh masa menguruskan perniagaan tudung online yang membawa jenama sendiri iaitu Radiusite. Radiusite kini sudah mempunyai kira-kira 70,000 peminat di Facebook.


"Semua tudung Radiusite direka sendiri dan menggunakan kain yang berkualiti dan telah mempunyai sebanyak lima jenis tudung antaranya, syria, ekspres, Ekin dan selendang serta kira-kira 30 tudung yang membawa jenama sendiri dan dijual bermula dari RM20 sehingga RM89.00.


"Kami mendapat tempahan dari seluruh dunia termasuk Indonesia, Singapura, Jepun, Brunei dan China. Manakala, setiap hari akan menerima sebanyak 1,000 pesanan," katanya.


Menurutnya, anugerah ini merupakan salah satu penghormatan bagi peniaga online untuk dihargai dan saling mengenali.


Manakala, pemilik kedai missLily shop, Lily Suhaily berkata, walaupun baru setahun memulakan perniagaan online dengan menjual baju wanita dan lelaki, beg tangan , skirt serta aksesori, kedainya kini sudah menerima sebanyak 150 sehingga 200 tempahan dalam sehari.


"MissLily Shop bermula dengan blog bagaimanapun selepas Facebook telah mendapat tempat dan pengguna lebih ramai suka menggunakan Facebook sebagai medium membeli secara talian, kami telah membuka akaun Facebook sendiri dan kini telah mempunyai seramai 48,597 peminat.


"Harga produk kami pula bermula daripada RM30 sehingga RM100 mengikut jenis kain, kualiti dan rekaan dan MissLily Shop juga hanya menawarkan harga penghantaran serendah RM5 untuk satu ke tiga item selain turut menawarkan promosi tanpa cas penghantaran," katanya.


Highlight
Hot Sales